Hai semua! Kami kembali minggu ini untuk Episod 2 daripada series Tips Menjimatkan Wang! Dalam episod ini, kami membincangkan cara-cara untuk menjimatkan wang ketika membayar bil, terutamanya bil kad kredit. Tontonlah video di bawah untuk mempelajari tips-tips kami!
Sebagai seorang dewasa, hal membayar bil bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan. Kami perlu membayar bil elektrik, telefon, internet, kad kredit, dan sebagainya setiap bulan. Namun, jika proses pembayaran bil kami tidak teratur, kami boleh menghadapi lebih masalah lagi, dan akhirnya membazir duit juga. Jadi, ikutilah tips kami supaya anda boleh menjimatkan duit semasa membayar bil anda!
1. Pilih kad kredit yang sesuai untuk kemampuan pembayaran anda
Sekarang, terdapat ramai pilihan kad kredit dengan ciri-ciri berlainan. Ada yang berfaedah rendah tanpa yuran tahunan, ada yang tawarkan cashback yang lumayan, dan ada juga yang membolehkan anda mengumpulkan nilai mata yang boleh ditebuskan untuk mendapatkan ganjaran hebat. Jadi, kajilah tabiat pembayaran diri sendiri. Jika anda adalah seseorang yang selalu mampu membayari bil kad kredit anda, kadar faedah tidaklah begitu penting, dan anda bolehlah pilih kad yang padan dengan gaya hidup anda untuk memaksimumkan ganjaran dari segi cashback ataupun nilai mata. Walaubagaimanapun, jika anda merupakan seorang yang tidak tentu boleh membayar bil kad kredit setiap bulan dengan sepenuhnya, lebih baik jika anda menumpukan fokus kepada kad yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan pelan pembayaran yang memudahkan anda menyelesaikan bil tersebut. Kalau tidak, betapa banyak ganjaran yang anda memperolehi pun, hutang anda akan semakin teruk dengan caj faedah, yuran lewat, dan sebagainya.
2. Bayar bil anda tepat pada masanya
Tidak kira jika anda boleh membayari bil anda dengan sepenuhnya ataupun tidak, pastikan anda bayar apa yang mampu (asalkan jumlahnya adalah lebih daripada pembayaran minima) sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan caj lewat. Caj lewat adalah salah satu cara anda boleh kehilangan duit begitu sahaja, malah ia memang senang untuk dielakkan. Caj lewat juga boleh berganda semakin lewat anda bayar, jadi jika anda mempunyai bil yang belum diselesaikan lagi, cepatlah mengendalikannya supaya anda tidak dikenakan caj lebihan. Pembayaran tepat masa juga boleh membantu anda untuk meningkatkan skor kredit anda dan menjimatkan duit anda dalam jangka masa yang panjang (dengan dikenakan faedah yang lebih rendah bagi pinjaman pada masa depan), dan juga mengelakkan kecemasan seperti servis elektrik ataupun telefon diputuskan disebabkan oleh pembayaran lewat.
TIP BONUS: Asingkan duit pada akhir setiap bulan bagi pembayaran bil
Apabila anda menerima gaji anda pada akhir bulan, terus asingkan jumlah yang diperlukan untuk membayar bil tetap anda pada bulan hadapan. Anda boleh mengasingkannya dengan fizikal (menggunakan wang tunai dan sampul surat asing untuk setiap bil), ataupun secara digital (masukkan duit kepada akaun bank yang asing untuk tujian bil sahaja). Untuk bil yang jumlahnya berubah-ubah mengikuti penggunaan, seperti bil elektrik, asingkan jumlah lebih sedikit – duit yang tidak dibelanjakan masih boleh dibawa hadapan kepada bulan seterusnya. Dengan praktis mengasingkan duit ini, anda boleh yakin akan ada duit tersebut untuk menyelesaikan bil anda, dan juga boleh mengingatkan diri anda supaya membayar tepat pada masa untuk mengelakkan bayaran lewat.
Layarilah laman Facebook IPP dan ikuti kami untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pinjaman peribadi, peraduan menarik, dan tips kewangan! Psst…jangan lupa Like, Share, Komen, dan Tag tau…anda mungkin boleh menang sebanyak RM600!!
Supirman firdaus
Saturday tips yg bagus.