Sebaik sahaja anda mula bekerja dan mendapat gaji, anda patut merancang ke hadapan untuk memikirkan jenis pelaburan yang boleh membantu anda meningkatkan baki bank anda. Melabur adalah salah satu cara terbaik untuk memaksimumkan kekayaan anda. Walau bagaimanapun, setiap peluang pelaburan adalah berbeza, dan bukannya terjamin bahawa anda boleh mendapatkan pulangan yang lumayan daripada setiap pelaburan anda. Sebelum anda memulakan pelaburan, semaklah tips memilih pelaburan anda di bawah ini untuk memahami dan memilih pelaburan paling sesuai untuk anda.
1. Semak akan keperluan dan matlamat anda
Sebelum anda bermula melabur, anda dinasihatkan mengambil masa untuk memikirkan apa yang anda mahukan daripada pelaburan anda. Bermula dengan mempertimbangkan personaliti anda, keperluan dan matlamat, dan tahap risiko yang anda sudi terima. Ini akan menjadi panduan kepada anda ketika memilih jenis pelab yang sesuai bagi anda.
2. Pertimbangkan tempoh pelaburan anda
Cuba fikirkan berapa lama anda sedia menunggu untuk mencapai matlamat tahap keuntungan anda.
Tempoh masa yang diperlukan untuk menjana keuntungan akan berubah bagi peluang pelaburan berbeza. Biasanya, peluang pelaburan yang menawarkan keuntungan cepat and banyak juga akan mendatangkan risiko yang lebih tinggi, manakala terdapat jenis pelaburan yang menawarkan jumlah keuntungan yang terjamin, malah dengan kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh masa yang lebih panjang.
3. Buat pelan pelaburan
Setelah anda sudah jelas mengetahui keperluan dan matlamat anda – dan telah menilai berapa banyak risiko yang anda boleh ambil – anda perlu mengeluarkan rancangan pelaburan untuk menetapkan campuran pelaburan yang terbaik untuk anda. Peraturan praktikal yang baik adalah untuk bermula dengan pelaburan yang berisiko rendah, dan tambahkan pelaburan seperti unit amanah jika anda sudi menerima risiko yang sederhana. Hanya pertimbangkan pelaburan risiko yang lebih tinggi seperti saham individu setelah anda siap membina pelaburan berisiko rendah dan sederhana dan sudah cekap menangani pelaburan tersebut.
Jika anda tiada masa untuk menguruskan perlaburan anda secara aktif ataupun anda hanya mempunyai sedikit wang untuk melabur, maka pilihan popular ialah dana pelaburan. Dengan ini, syarikat atau ejen pelaburan akan mengumpulkan wang anda dengan wang dari ramai pelabur lain dan digunakan untuk membeli penyebaran pelaburan yang luas.
4. Mempelbagaikan portfolio anda!
Setiap pelaburan menawarkan tahap pulangan dan risiko bersendirian. Walaubagaimanapun, anda boleh mengimbangkan tahap risiko dan pulangan dengan memasukkan duit pelaburan anda ke dalam pelbagai jenis dan sektor pelaburan.
Campuran begini boleh membantu anda melancarkan pulangan sementara mencapai pertumbuhan, dan mengurangkan risiko keseluruhan dalam portfolio anda.
5. Semak caj dengan teliti
Jika anda membeli pelaburan seperti saham individu secara langsung, anda perlu menggunakan perkhidmatan broker saham dan membayar caj urusan.
Sekiranya anda ingin memasukkan duit anda ke dalam dana pelaburan juga terdapat caj, seperti untuk membayar pengurus dana.
Jika anda mendapatkan nasihat kewangan, anda akan membayar penasihat tersebut pula.
Sama ada anda melihat broker saham, dana pelaburan atau penasihat, caj tersebut berbeza dari satu dengan yang lain.
Mintalah mana-mana syarikat untuk menerangkan semua caj mereka supaya anda tahu apa yang akan anda bayar sebelum memasukkan wang anda ke dalam pelaburan tersebut.
Walaupun caj yang lebih tinggi kadang-kadang boleh bermakna kualiti yang lebih baik, selalu tanya diri sendiri jika apa yang anda dicaj adalah munasabah dan jika anda boleh mendapatkan kualiti yang sama dengan bayaran yang kurang di tempat lain.
6. Pelaburan untuk dielakkan
Elakkan produk yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang cepat tanpa mengakui risiko yang tinggi. Elakkan juga ejen pelaburan yang terlalu mendesak anda bersetuju untuk melabur dan memaksa anda membuat keputusan dalam tempoh yang singkat. Produk begini mungkin adalah scam yang direka untuk memaksa anda melabur duit anda tanpa betul-betul mempertimbangkan kebaikan dan keburukan pelaburan itu.
7. Semakkan pelaburan anda dengan tekun
Semakan kerap akan memastikan anda dapat menguruskan pelaburan anda seperti yang diperlukan untuk mencapai matlamat pulangan anda.
Jangan tergoda untuk bertindak setiap kali harga bergerak dalam arah yang tidak dijangka, malah belajar cara memperhatikan trend yang supaya dapat jual dan beli saham dengan cekap pada masa yang betul. Bersedia untuk melakukan kesilapan yang tidak boleh dielakkan dalam proses belajar melabur ini, namun ingatlah bahawa dengan pengalaman yang lebih banyak, anda boleh juga menjadi seorang pelabur yang berjaya.
Selepas melalui beberapa tips memilih pelaburan anda, adakah anda rasa lebih yakin untuk memilih pelaburan terbaik untuk anda? Dengan tips ini, anda sepatutnya berjaya mendapatkan pelaburan idaman anda.
Ingin mencari pinjaman peribadi untuk melabur? Dapatkan di lokasi anda sekarang!