Jika sumber pendapatan anda terjejas sepanjang tempoh PKP sejak awal tahun ini, anda mungkin sedang mempertimbangkan memohon pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan sara hidup. Nasib baik, syarikat kredit komuniti telah menerima kelulusan daripada kerajaan untuk membuka sebagai perkhidmatan perlu, jadi terdapat ramai pilihan pemberi pinjaman untuk dipilih. Namun, kelulusan permohonan pinjaman itu bukannya sesuatu yang terjamin. Kebanyakan orang yang memohon pinjaman peribadi dalam tempoh ini boleh dikira sebagai “risiko tinggi”, disebabkan oleh sumber pendapatan yang tidak tentu, hutang aktif yang berjumlah tinggi, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa tips untuk memohon pinjaman sepanjang tempoh PKP ini untuk memaksimakan peluang untuk mendapatkan kelulusan cepat dan tunai yang diperlukan.
1. Untuk pinjaman cepat, pinjamlah daripada syarikat kredit komuniti
Proses mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank biasanya memakan masa yang lama, memerlukan prosedur yang rumit, dan akhirnya menghadapi kadar kelulusan yang rendah bagi mereka yang dikira “risiko tinggi”. Untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan cepat, cubalah memohon pinjaman anda daripada syarikat kredit komuniti. Syarikat kredit komuniti biasanya boleh memproses permohonan anda dalam masa beberapa jam atau hari sahaja, dan juga menawarkan pinjaman jumlah rendah dan tempoh yang lebih singkat, yang mungkin lebih sesuai untuk keperluan anda dalam mengatasi tempoh PKP ini.
2. Cari syarikat kredit komuniti yang berdekatan dengan anda
SOP PKP terkini masih menyekat jarak perjalanan kepada 10 km dari rumah, jadi anda perlulah mencari syarikat kredit komuniti yang berdekatan dengan anda. Hal ini kerana anda akan perlu melawat pejabat syarikat kredit komuniti tersebut untuk menandatangani perjanjian pinjaman setelah pinjaman anda diluluskan. Semua perjalanan melebihi 10 km memerlukan surat kebenaran daripada polis, yang hanya akan merumitkan proses permohonan anda. Jadi, lebih mudah untuk mencari syarikat yang berdekatan. Anda boleh mencari senarai syarikat kredit komuniti di lokasi anda dengan memilih negeri di halaman depan iPinjaman Peribadi.
3. Sentiasa pastikan anda hanya menjalankan pengendalian dengan syarikat kredit komuniti yang sah sahaja
Dalam tempoh PKP ini, terdapat ramai scammer yang sedar bahawa orang ramai terdesak mencari duit dan menjadi lebih senang untuk memperdaya. Kadar jenayah siber selalunya meningkat dalam tempoh PKP, jadi kita semua mesti peka menjaga diri sendiri, dan selalu memastikan bahawa syarikat kredit komuniti tersebut sah berlesen sebelum memohon pinjaman kita. Anda boleh menyemak status sesuatu syarikat kredit komuniti melalui aplikasi KPKT iaitu i-KrediKom. Ataupun, anda boleh juga memohon terus dari laman syarikat yang tersenarai di IPP dengan penuh keyakinan. Syarikat yang tersenarai di IPP semua mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan KPKT.
4. Cuba memohon jumlah pinjaman yang rendah dulu
Syarikat kredit komuniti mungkin lebih berwaspada untuk mengeluarkan tawaran pinjaman dalam tempoh PKP ini. Pinjaman berjumlah besar mungkin lebih sukar untuk diluluskan, terutamanya jika sumber pendapatan anda berisiko untuk terjejas. Jadi, anda boleh bermula dengan pinjaman berjumlah rendah dahulu, contohnya RM500. Setelah berjaya membayar balik hutang tersebut, syarikat kredit komuniti akan lebih yakin untuk menawarkan anda pinjaman yang lebih besar untuk pinjaman seterusnya. Dengan strategi ini, anda boleh membina hubungan dengan syarikat kredit komuniti tersebut, dan meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain.
5. Pohon daripada beberapa syarikat untuk meningkatkan peluang kelulusan
Jangan memohon kepada satu syarikat sahaja dan menunggu untuk keputusan permohonan anda sebelum memohon daripada syarikat lain. Anda boleh memohon kepada beberapa syarikat secara sekaligus, supaya anda boleh meningkatkan peluang dan menyingkatkan masa untuk mendapatkan pinjaman yang lulus. Anda boleh memohon kepada beberapa syarikat dengan satu borang sahaja melalui laman IPP ini.
Semoga anda berjaya mendapatkan pinjaman yang diperlukan!
JAYA SHANGKAR
RM 3000
Daisy_D
Hi,
Anda boleh mohon pinjaman di laman web IPP. Ada banyak syarikat yang boleh buat pinjaman dekat dengan kawasan yang anda mahu.