Apakah Manfaat Memohoni Pinjaman Koperasi?

Manfaat Memohoni Pinjaman Koperasi
Share Artikel ini!

Pinjaman Koperasi ialah sejenis pinjaman peribadi yang dicipta khas untuk membantu kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan. Jika anda berada dalam golongan yang layak meminjam pinjaman koperasi, mungkin anda bertanya: “Apakah manfaat memohoni pinjaman koperasi berbanding pinjaman peribadi biasa?” Bacalah artikel ini untuk mengetahuinya.

1. Kadar kelulusan pinjaman koperasi adalah amat tinggi

Syarat kelayakan pinjaman koperasi tidak mengira skor kredit ataupun isu blacklist. Jadi, asalkan anda merupakan kakitangan kerajaan, badan berkanun ataupun GLC yang menerima gaji tetap, anda boleh yakin berjaya mendapatkan pinjaman koperasi. Namun, had pinjaman koperasi anda akan dikira berdasarkan gaji bulanan anda, dan biasanya tidak melebihi 60% jumlah gaji bulanan. Tetapan ini adalah untuk keselamatan kewangan diri anda, untuk memastikan anda masih ada duit mencukupi untuk membiayai kos hidup harian.

2. Kadar faedah lebih rendah berbanding pinjaman peribadi

Pinjaman koperasi biasanya dikenakan kadar faedah antara 2.75%-9.99% setahun. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar faedah pinjaman peribadi, yang biasanya dikenakan antara 15%-18% setahun.

3. Konsep pinjaman koperasi menurut prinsip Shariah

Syarikat yang menawarkan pinjaman koperasi perlu berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum bermula meminjam. Daftaran syarikat tersebut di bawah SKM hanya akan diluluskan jika tawaran pinjaman koperasi mereka berdasarkan konsep kewangan Islamik, iaitu Tawarruq dan Mubarahah yang halal di bawah prinsip Shariah.

4. Bayaran ansuran melalui potongan gaji

Apabila pinjaman koperasi anda diluluskan, setiap bayaran ansuran akan dilakukan secara potongan gaji. Jadi, anda tidak perlu risau tentang syarikat memegang kad debit, isu caj lewat kerana terlupa membuat bayaran, ataupun menyusahkan diri membuat pindahan wang setiap bulan. Semua proses telah diautomasikan untuk kemudahan anda.

5. Pinjaman jangka panjang dibenarkan

Jika mengambil pinjaman koperasi, anda boleh memilih tempoh pinjaman sebanyak 10 tahun. Dengan ini, beban bayaran bulanan anda boleh diringankan, dan anda boleh membayar balik jumlah yang kecil untuk tempoh yang lebih lama. Berbanding dengan pinjaman peribadi yang kebanyakannya jangka pendek sahaja, iaitu 6 bulan sehingga 5 tahun.

Adakah anda ingin memohon pinjaman koperasi? Layarilah iPinjaman Peribadi untuk menyemak kelayakan anda dan memohon pinjaman koperasi anda hari ini!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>