5 Langkah Oleh BNM Untuk Mencegah Scam

5 Langkah Oleh BNM Untuk Mencegah Scam
Share Artikel ini!

Pada akhir tahun 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun mencadangkan 5 langkah untuk melindungi orang awam daripada scam. Langkah-langkah ini telahpun mula dilaksanakan oleh bank-bank tempatan, dan harap-harap boleh mengurangkan kejadian scam pada tahun ini. Adakah anda telah perhatikan mana-mana 5 langkah oleh BNM untuk mencegah scam ini?

1. Mengalih daripada penggunaan OTP sebagai langkah sekuriti

Sistem OTP mula-mulanya diperkenalkan sebagai langkah sekuriti yang amat berkesan untuk mengesahkan identiti anda sebagai orang yang berhak menjalankan sesuatu transaksi. Contohnya, jika anda ingin melaksanakan sesuatu transfer di atas talian, kod OTP akan dihantar kepada telefon bimbit peribadi anda, supaya hanya anda seorang dapat menggunakan OTP tersebut untuk mengesahkan transaksi yang ingin dilakukan. Walaubagaimanapun, selama masa OTP telah digunakan, scammer telahpun mencipta berbagai kaedah untuk mengatasi sistem OTP. Contohnya, yang menyamarkan diri sebagai ejen bank dan meminta OTP untuk mengesahkan identiti anda – malah, OTP tersebut digunakan untuk mencuri duit daripada akaun anda.

2. Mengetatkan peraturan pengesanan penipuan

Semua bank pasti ada prosedur untuk mengesan dan menyekatkan transaksi mencurigakan. Namun, scammer telah pandai mengkaji dan meniru corak transaksi yang “selamat” supaya tidak mencetuskan kriteria penyekatan transaksi oleh pihak bank. Kini, BNM telah mencadangkan untuk mengetatkan kriteria untuk mengesan dan menyekat transaksi mencurigakan. Akibatnya, anda akan dimaklumkan tentang transaksi yang dikesan sebagai potensi scam dengan lebih kerap, dan anda dapat jaga keselamatan akaun anda dengan lebih teliti juga.

3. Tempoh penyekatan segala transaksi selepas akaun/peranti baru didaftarkan

BNM mencadangkan bahawa terdapat tempoh 12 jam selepas sesuatu akaun atau peranti baru didaftarkan di mana tiada apa-apa transaksi yang boleh dijalankan (“cooling off period”). Tindakan ini akan memastikan bahawa scammer tidak boleh cepat-cepat membuka akaun baru dan menjalankan scam lalu menutup akaun tersebut. Ini juga memberi anda masa untuk bertindak jika sesuatu akaun telah dibuka di bawah nama anda tanpa kebenaran anda (scam pencurian identiti).

4. Pelanggan dibenarkan satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi

Sebelum peraturan ini dilaksanakan, seorang pelanggan boleh menghubungkan beberapa peranti kepada akaun bank mereka untuk tujuan mengesahkan transaksi. Namun, ini membuka pintu kepada scammer untuk mendaftarkan peranti lain di bawah akaun anda dan mengesahkan transaksi tanpa pengetahuan anda. Dengan peraturan baru ini, anda dihadkan kepada menggunakan satu peranti sahaja (kemungkinan besar telefon peribadi anda) untuk mengesahkan transaksi, supaya anda seorang mempunyai kuasa untuk mengawal aktiviti perbankan sendiri.

5. Sediakan talian hotline dan tingkatkan response terhadap laporan scam

BNM bertekad untuk memberi pengguna awam lebih ramai saluran untuk melaporkan scam atau aktiviti yang mencurigakan, dan juga mengesyorkan bank supaya menyediakan cara yang senang bagi pelanggan mengambil tindakan untuk melindungi keselamatan sendiri dengan cepat – contohnya, untuk membatalkan kad atau menggantung akaun bank untuk sementara supaya dapat menyemak aktiviti yang mencurigakan. Semua laporan scam juga akan dipandang serius, dan akan disiasat dengan efisyen.

Kami berharap bahawa 5 langkah oleh BNM untuk mencegah scam di atas boleh dilaksanakan dengan cepat di seluruh negara, dan menyarankan pengguna awam untuk sentiasa prihatin terhadap scam yang berleluasa di masyarakat sekarang. Ingatlah supaya sentiasa menjalankan aktiviti kewangan dengan syarikat yang terpecaya sahaja – contohnya, syarikat kredit komuniti yang sah dan berlesen di bawah KPKT!


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Langkah yang baik boleh diambil oleh semua pengguna untuk elakkan scam.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>