4 Tanda Amaran Bahawa Anda Mungkin Hampir Bankrap

Tanda Anda Hampir Bankrap
Share Artikel ini!

Setiap orang pasti akan mengalami masalah kewangan dalam hidup ini. Kebanyakan kali, dengan sedikit masa, ketekunan, dan kebijakan, sesiapa yang sedang bergelut itu boleh mengatasi masalah mereka tanpa terlalu banyak kesengsaraan. Namun, terdapat juga situasi yang terlalu rumit untuk diatasi sendiri. Jika dibiarkan sahaja, situasi tersebut mungkin boleh menjadi semakin teruk dan berakhir dengan kemuflisan serta kerosakan imej dan maruah diri. Untuk mengelakkan situasi seperti ini, anda perlu peka terhadap tanda amaran bahawa anda mungkin hampir bankrap, dan mengaku kepada diri sendiri bahawa anda mungkin memerlukan bantuan luar untuk menyelesaikan masalah anda.

Berikut adalah beberapa tanda amaran bahawa anda mungkin hampir bankrap:

Anda kerap mencapai had pembelanjaan kad anda dan tidak mampu membayarinya

Kajilah bil kad kredit anda dan kirakan peratus had yang anda biasanya menggunakan. Pakar kewangan menasihatkan bahawa kita tidak patut menggunakan lebih daripada 30-40% had kad kita. Contohnya, jika had kad anda adalah RM5000 sebulan, penggunaan bulanan anda tidak patut melebihi RM2000 sebulan. Tambah lagi, anda perlu memastikan bahawa anda boleh membayar bil bulanan anda dengan sepenuhnya. Jika anda kerap menggunakan lebih daripada 40% had kad anda dan bayar jumlah minima sahaja setiap bulan, ianya tanda jelas bahawa anda berada dalam masalah kewangan yang amat besar sekali.

Penghutang pernah cuba merampas harta anda

Pada mulanya, jika anda gagal membayar balik hutang anda, penghutang biasanya akan memanggil anda ataupun cuba melaraskan mesyuarat untuk mengendalikan hutang anda dengan lebih efisyen. Namun, jika anda tetap juga gagal membayar hutang dan kurang bekerjasama dengan penghutang, mereka boleh mengambil tindakan yang lebih serius, seperti cuba merampas rumah atau kereta anda untuk memulihkan hutang mereka. Ini adalah masanya untuk cuba memperbaiki situasi kewangan anda, sebelum penghutang anda mengambil tindakan buruk ke atas anda dan keluarga tersayang.

Anda kerap bergantung kepada wang pendahuluan daripada kad kredit

Jika anda terdesak untuk mendapatkan wang tunai, anda memang boleh menggunakan kad kredit dalam mesin ATM untuk mendapatkan wang pendahuluan. Namun, jika anda kerap bergantung kepada cara mendapatkan tunai ini, anda mungkin lama-lama menjadikan situasi kewangan anda lebih teruk lagi. Hal ini disebabkan oleh kadar faedah yang melampau tinggi yang dicaj ke atas wang pendahuluan daripada kad kredit sebanyak 9.88%, tambah lagi yuran-yuran yang dikenakan kerana menggunakan servis tersebut.

Semua institusi kewangan yang sah menafikan permohonan pinjaman anda

Jika setiap bank dan syarikat pinjaman berlesen pun tidak meluluskan permohonan pinjaman anda, ianya tanda jelas bahawa situasi kewangan anda sudah terlalu buruk. Pada masa ini, hanya Ah Long atau scam kewangan mungkin akan menawarkan pinjaman kepada anda – termasuk dengan kos dan risiko yang amat tinggi. Walaupun anda mungkin terpikat dengan tawaran mereka kerana anda terdesak mencari duit, jangan melibatkan diri ke dalam aktiviti syarikat pinjaman yang tidak berlesen! Akibatnya boleh betul-betul teruk bagi anda dan keluarga anda sekali.

Jika anda berada dalam situasi ini, berjujurlah dengan diri sendiri dan ambil tindakan betul untuk memperbaiki status kewangan anda. Langkah pertama adalah untuk melawati institusi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan pertolongan yang diperlukan. Anda boleh mengatasi masalah anda – hanya, janganlah terlalu sombong untuk meminta bantuan.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>