Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Vs Syarikat Pinjaman Berlesen?

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, anda pasti tahu bahawa terdapat pelbagai jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh beberapa pihak di Malaysia. Setiap jenis pinjaman peribadi mempunyai ciri-ciri sendiri, dan anda perlu mempertimbangkan tawaran yang terbaik untuk situasi diri sendiri. Antara tawaran pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia adalah Pinjaman Peribadi Bank Rakyat. Namun, bagaimanakah pinjaman peribadi ini berbanding dengan pinjaman peribadi daripada syarikat pinjaman berlesen? Mari kita kajikan.

Perbezaan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Dengan Syarikat Pinjaman Berlesen

1. Konsep Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Perbezaan terutama adalah pinjaman daripada Bank Rakyat mengikuti konsep tawarruq, yang melibatkan beberapa kontrak antara 3 pihak – penjual, pembeli, dan diri anda sendiri. Konsep tawarruq merupakan jenis pinjaman yang lebih kompleks kerana melibatkan penjualan dan pemindahan komoditi antara tiga-tiga pihak ini. Bandingkan dengan pinjaman peribadi daripa syarikat pinjaman berlesen, di mana hanya 2 pihak terlibat, dan prosesnya lebih ringkas, iaitu duit dikeluarkan oleh syarikat ke dalam akaun anda, dan jumlah ini dibayar balik sedikit demi sedikit sehingga habis dibayar termasuk faedah.

2. Kelayakan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Perbezaan kedua adalah isu kelayakan – bagi mereka yang bergaji RM1000-RM2000, Pinjaman Bank Rakyat hanya terbuka kepada pekerja sektor awam dan GLC terpilih, dan anda perlu bekerja untuk lebih daripada 3 bulan untuk layak. Jika anda pekerja swasta, anda perlu bergai RM2000 ke atas (pekerjaan tetap) dan RM8000 ke atas (pekerjaan kontrak). Pinjaman peribadi daripada syarikat berlesen pula terbuka kepada semua dengan gaji bulanan minima RM1000 secara umum, asalkan ada pendapatan bulanan yang boleh terbukti.

Jika anda mempunyai skor kredit (CCRIS/CTOS/Blacklist) yang tidak cantik, anda juga tidak layak memohon pinjaman daripada Bank Rakyat. Syarikat pinjaman berlesen pula biasanya terbuka kepada pelanggan yang mempunyai masalah skor kredit, dan setiap permohonan akan dipertimbangkan kes demi kes untuk menentukan kelayakan.

3. Proses Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pun ada perbezaannya. Bagi permohonan kepada Bank Rakyat, anda diperlukan mengemukakan slip gaji 3 bulan, surat pengesahan majikan, dan Borang EA. Manakala bagi pinjaman peribadi syarikat pinjaman berlesen, anda tidak semestinya mempunyai dokumen ini (contohnya jika anda berniaga sendiri), asalkan anda ada pendapatan bulanan stabil yang boleh dibuktikan.

Setelah menghantar permohonan, Bank Rakyat akan mengambil masa sehingga 7 hari bekerja untuk memproses permohonan anda. Setiap syarikat pinjaman berlesen yang disenaraikan di iPinjaman Peribadi menyatakan masa pemprosesan sendiri, namun secara purata, permohonan anda akan diproses dalam masa 1-3 hari.

4. Ciri-ciri Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Perbezaan terakhir antara Pinjaman Bank Rakyat dengan syarikat pinjaman berlesen adalah jumlah dan tempoh pinjaman. Pinjaman Peribadi Bank Rakyat lebih sesuai bagi mereka yang sedang mencari pinjaman bagi jumlah yang besar (RM10,000 sehingga RM200,000) untuk tempoh yang lebih panjang (antara 5-20 tahun). Pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat peminjam berlesen pula biasanya berjumlah lebih kecil (serendah RM1000, sehingga RM100,000) bagi tempoh yang lebih singkat (beberapa bulan sehingga beberapa tahun).

Selain itu, dua-dua jenis pinjaman peribadi adalah sah di sisi undang-undang Malaysia, dan dikawal oleh Akta berkaitan untuk sentiasa menjamin keselamatan peminjam. Anda hanya perlu memilih pinjaman peribadi yang sesuai bagi keperluan anda. Semoga anda berjaya mendapatkan pinjaman peribadi yang anda perlukan!

Carilah pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan selamat melalui iPinjaman Peribadi sekarang. Pilih lokasi anda dan bandingkan syarikat berdekatan untuk mencari syarikat yang terbaik untuk anda!