KENAPA RAMAI YANG MENYEWA SELEPAS BERKAHWIN?

Menyewa Selepas Berkahwin
Share Artikel ini!

Ramai yang telah melangsungkan pernikahan dan perkahwinan walaupun dalam masa musim pandemik ini. Namun, pernikahan dan perkahwinan tersebut adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Syabas diucapkan. Akantetapi, bukan hal pernikahan dan perkahwinan ingin dikongsikan. Kali ini, mari kita ketahui, mengapa atau kenapa ramai pasangan yang memilih untuk menyewa setelah berumahtangga terutamanya bagi golongan pasangan muda.

Dibawah adalah beberapa sebab yang mungkin boleh dikaitkan.

1. Terlalu fokus kepada majlis kahwin yang hanya sehari.

Lumrah kehidupan apabila seseorang idamkan yang terbaik ketika ingin mengadakan majlis perkahwinan. Ramai yang berfikiran yang terbaik hanyalah semata-mata mengadakan majlis yang gah sehingga sanggup menghabiskan berpuluh ribu hanya untuk pelamin, hantaran dan sebagainya. Walhal, dengan mengeluarkan belanja yang sedikit juga mampu mendapatkan majlis yang sempurna dan terbaik sekali. Oleh itu, janganlah kita berlebihan untuk majlis yang hanya akan berjalan satu hari. Ingatlah, kehidupan selepas perkahwinan akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk memulakan kehidupan berumahtangga.

 

2. Pasaran harga rumah yang terlalu mahal

Rata-rata harga rumah di seluruh Malaysia pada ketika ini menunjukkan harga yang sangat tinggi dan ianya dijangka akan meningkat. Sila rujuk artikel ini : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-rumah-dijangka-meningkat-30-hingga-12-peratus-pada-20222023-306769 

Disebabkan itu, ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah yang diidamkan. Jadi, ramai yang berfikiran lebih baik menyewa kerana tidak dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri setelah berkahwin.

 

3. Gaji rendah tetapi mengamalkan gaya hidup yang tinggi

‘Biar papa kedana, asal nampak bergaya’. Peribahasa ini amat molek untuk menggambarkan seseorang yang memiliki gaji yang tidak seberapa tetapi mengamalkan gaya hidup yang tinggi. Terutamanya bagi golongan lelaki kerana yang pastinya pihak lelaki yang akan mengetuai keluarga setelah berkahwin. Oleh itu, mereka perlu bijak merancang kewangan sebelum berkahwin supaya mereka boleh jalankan tanggunggjawab dengan sempurna terutama bab nafkah. Jadi, amalkanlah gaya hidup yang bersesuaian supaya kita dapat membeli rumah sebelum berkahwin lantas tidak perlu menyewa kelak.

 

4. Menghabiskan duit hantaran dengan perkara yang tidak berfaedah

Wang yang ditabung dan disimpan untuk dijadikan duit hantaran mungkin mengambil masa bertahun. Setelah memiliki simpanan, dan telah dilaburkan menjadi duit hantaran lantas meggunakannya untuk tujuan mengadakan kenduri yang diadakan hanya untuk sehari, atau membeli barang hantaran yang mahal adalah sangat tidak berbaloi. Untuk mengelakkan daripada kita perlu menyewa, duit hantaran yang ada boleh digunakan untuk membeli rumah yang pastinya dapat menjamin kehidupan yang lebih baik setelah berkahwin.

 

Justeru itu, tanamkan dan sematkan impian dalam diri untuk memiliki rumah sendiri dengan segera apabila ingin berkahwin. Walaubagaimanapun, milikilah rumah setelah kita bersedia, janganlah terburu-buru jika tidak ingin mengundang padah.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>