Jangan Jadi Mangsa Scam Pinjaman Peribadi!

Jangan Jadi Mangsa Scam Pinjaman Peribadi!

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 276 total)
  • Author
    Posts
  • #26272
    iPP
    Keymaster

    Jika anda pernah kaji ke dalam dunia pinjaman peribadi ini, anda pastilah pernah jumpa tawaran yang akhirnya terdedah sebagai penipuan, atau scam. Oleh kerana orang yang cari pinjaman peribadi biasanya berasa terdesak mencarikan duit cepat, terdapat ramai syarikat atau individu buruk yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan mereka dengan tawaran yang nampak menarik tetapi sebenarnya direka untuk mencuri wang mangsa.

    [Baca Post Penuh di : Jangan Jadi Mangsa Scam Pinjaman Peribadi!]

    #26273
    adzrita
    Guest

    Memang sah sy telah ditipu, akhirnya saya telah dibebani hutang akibat kebodohan kecuaian sy sndri.. mgkin betul sy telah ditipu oleh scammer huhu

    #26274
    iPP
    Keymaster

    Harap maaf, kami turut bersimpati dengan anda, Memang bukan senang untuk mengenalpasti syarikat pinjaman yang sah atau tidak. Namun, anda boleh mengetahui mengenai status syarikat-syarikat tersebut dengan membaca artikel kami tentang cara mengesahkan syarikat pinjaman berlesen di pautan ini : https://ipinjamanperibadi.com.my/syarikat-peminjam-sah/. Kami berharap agar anda bersabar dan supaya dengan porkongsian kami di artikel ini dapat membantu anda untuk berhati-hati pada masa kelak. Sekian, terima kasih.

    #26275
    Ayiee
    Guest

    +601112309195 atas company Golden credit sdn bhd .sya harap korang berhati2 dan berfikir panjang untuk membuat pinjaman.sekiranya ada pihak pinjaman meminta wang deposit , fee legal atau insurans.itu semua scammer .tolong share . Sbb saya sudah kena

    #26276
    Nora hanapi
    Guest

    Saya pernah memohon sebanyak 4 kali tetapi gagal semua nya tipu

    #26277
    Hjh nur osemin
    Guest

    01125134886 saya juga ada lh mngsa penipuan golden Credit sdn bhd trlalu mudah untuk approve loan saya pn tak fikir pnjang terus setuju untuk buat payment fee di sebab kan terlalu terdesak untuk menggunakan duit untuk biayai perubatan akhir nya saya menangis duit lesap Loan tak dapat hanya Allah saja tahu betapa keciwa nya saya ini ada lah pengalaman yang ke 2 saya sbelum ni juga pernah dari syarikat Amanah yayasan smua scammer ni orang Muslim orang kita

    #26278
    ewan
    Guest

    kalau mcm kes sy ni,sy ada apply kat syarikat GSTAR SDN BHD..loan approved n lepas tu dia ada mntak duit stamping Rm403..sblom sudmit loan xde plak dia cita pasal duit stamping ni bila da lulus baru ckp ade duit stamping..sy mana ada duit nk bayar n sy becakap dngan org opis dia n kalau xdpt bayar sy kena baya denda rm2ribu lebeh..sbb xdpt bayar stamping..no opis dia pon no hp bukan mcm no opis ni no 0111..ape patut sy buat ye??mohon bantuan..

    #26279
    iPP
    Keymaster

    Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Walaupun nama syarikat tersebut tersenarai di bawah KPKT, terdapat juga ramai “scammer” yang menyamar sebagai wakil syarikat yang sah. Anda boleh melawati ofis syarikat tersebut dan mengesahkan bahawa wakil syarikat yang memanggil anda memang seorang pekerja dalam syarikat itu. Namun, jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.

    Harap maklum bahawa nasihat yang diberikan oleh IPP hanya berdasarkan pendapat kami sahaja, dan tidak sepatutnya menjadi pengganti untuk nasihat kewangan atau perundangan profesional.

    #26280
    MRazis HMS
    Guest

    amalan credit corporation tu ok ka

    #26281
    Terkena
    Guest

    Jaga2 dengan DUITSEKARANG.COM
    Saya dah kena
    Mula2 kata slip gaji x cantik so dia mintak 10% untuk sekuriti depo. Katanya lepas bank in akan dpt duit lepas setengah jam.
    Tiba2 dia kol kata u punya akaun tak aktif. What??? U kena bayar lagi rm2200 untuk aktifkan akaun supaya potongan bulanan boleh dibuat.
    Terus sy rasa kena tipu.. Hangus 10%, Nasib nasib.. Kita nak pinjam duit tapi terpaksa pulak kena bagi dia duit.. Arghhhh.. So jangan buat loan sembarangan kat internet.. Scammers everywhere!!

    #26282
    Rossi
    Guest

    Sy memang dah kena tipu oleh syarikat R&B..mula minta jaminan diri sebanyak rm880,lepas tu x boleh lepas sebab katanya ada tunggakan bayaran dalam bank,memang sy ada tunggakan loan dalam bank,jadi suru bayar rm1660 untuk testpayment,masa nk transfer online banking,dia suru lagi bayar untuk dispestment linking sebanyak rm2300,sampai d manager,akan sign agrement jika bayar duit kopi sebanyak 4888..so apa yang sudah terjadi,sy tk bayar

    #26283
    hawa khalid
    Guest

    harus kah kite buat report polis ..

    #26284
    rin
    Guest

    hi , saya baru nak buat loan, dan loan saya approve melalui semakan whatsapp , dan dia minta saya isikan borang maklumat dan tak perlu sign majikan utk kakitangan kerajaan . boleh bantu saya semakan kalau agensi ni betul atau scammer . saya bagi link web dan facebook page mereka : http://www.pinjamanislamik.com/ dan facebook : pinjaman peribadi islamik / https://www.facebook.com/infopinjamanislamik/

    #26285
    iPP
    Keymaster

    Hai, kami nasihatkan untuk meminta nombor daftar syarikat dan nombor lesen peminjam wang daripada wakil syarikat tersebut. Anda boleh semak balik status lesen syarikat tersebut dengan melayari laman web KPKT di https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/umum/cari_ppw.cfm.

    #26286
    Amni Zubairi
    Guest

    Fastringgitloan ok ke

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 276 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Login Register