Pinjaman online ni memang terbaik tapi banyak keburukan disebabkan peminjam perlu keluar kan Wang saku sendiri untuk mendapatkan loan.bayaran mcm nilah kebanyakkan akan jadi scammer walaupun sykt memang wujud.tetapi kebanyakkan staf mengambil kesempatan Tampa pengetahuan sykt….perlu ingat tu semua.
2hari lepas ada seorg lelaki cina wasap sy utk buat pinjaman.si masa tu sy mmg perlukan duit.sy ckp mau pinjam 3ribu..after 15 minit dia ckp loan lulus dan sy kena byr 200 tuk apa x igt.sy ikut n byr..lps tu pulak dia panggil lg 500 tuk bkk acc.n lps tu pulak dia srh sy byr 800 lbh.sy dh rsa ini penipuan.so sy nk batalkan.bila mereka dgr sy nk batalkn mereka srh sy byr tuk cancel.550+650+700.semua sy byr sbb mahu cancel.arini lg dia panggil sy byr 1200.siap ugut lg kalau tak blh byr..sy mntk pendapat anda apa yg perlu sy buat skrg..tq
Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.
Andai kita sudah tertipu dan mereka masih mengganggu kita apa patut kita buat? Dan sekiranya masa kita apply loan dengan mereka, mereka ada meminta untuk kita menghantar copy slip gaji dan IC dan kita hantar pada mereka, adakah kita terdedah kepada sebarang kehilangan duit dlm account atau perkara2 lain? Apa yg patut kita lakukan dgn perkara itu?
Hai, jika anda telah mendedahkan maklumat akaun (nombor akaun, PIN, nombor kad dan sebagainya) dalam proses permohonan, lebih baik kalau anda merujuk kepada bank anda untuk membuka akaun atau kad baru. Jika anda tidak mendedahkan maklumat tersebut, syarikat itu tidak akan dapat akses akaun anda dengan hanya gambar IC dan slip gaji anda.
Sila dimaklumkan bahawa nasihat yang diberi oleh pihak IPP adalah pendapat peribadi sahaja. Jika anda memerlukan bantuan yang lebih lanjut, kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat daripada pihak profesional.
saya pun kena seperti puan zila..dh dekat rm3000 dh melayang..sy byr tu semua ats sebab nk cancel loan je.hr ni 13.03.2020 dia minta sy byr lg sebanyak RM1500 untuk cancel surat writ. siap ugut lg..risau sy..
saya bru juga terkene mula minta rm 1k lepas tu ckp nanti ada org call nk cop jari,10 minit dia call mintak lg rm3 k lepas tu dia ckp nanti duit tu dpt
semula,dia ckp sok nya tambah lg rm 5’880 unt nk cop jari,semua da ok dia ckp tunggu satu jam lepas tu dia call lg dia ckp ada masalah bank pulak dia mintak lg rm5880 saya x bg saya
cakap saya nk duit saya blk dia cakap
klu u nk duit u blh x pi kne bg rm3k bru dia
pulang semua
Saya pun sudah terkena.mula2 dia minta 365 untuk stamp duty.. Lepastu dia minta 1k untuk apa ntah saya lupa… Lepas tu dia minta lagi 2k untuk buat acc supaya dapat tranfer duit pinjaman.. Sudah saya bayar smua tu, dia cakap Byr untuk guaman 3k, dia beri masa dlm 3 hari mulai hari ini…
Sy bru je kne tipu dgn syarikat baba agensi. Mula2 mereka sruh sy bankin duit 350 utk proses surat prjnjian lpas tu bankin lg 780 untuk insurans lpas tu sruh sy bankin lg 1k utk untuk bkk akaun..xlama kmudian mereka minta lg 1260 untuk sttle dgan LHDN sbb diorang kata sy kne byar tax baru lepas loan msuk bank..lpas je sy bnkin y diorang minta..dlm msa y sama diorng sruh bayar 2k untuk buat surat regination ape ntah..lpas pd tu bru sy rse duit saku da habis n sy sdah kne scamm..diorng punya jnji manis utk dpatkn duit..tp sy dlam keadaan xsdar y sy sdah kne tipu..adakah sy patut buat report polis btujuan mngelakkn drpd mereka slah gunakan detail sy untuk scamm org lain?
Hai, kami di IPP selalu mengalakkan anda untuk melaporkan apa-apa kejadian scam kepada polis. Jika mangsa berdiam diri sahaja, pihak berkuasa lebih sukar untuk mengetahui sepenuhnya masalah jenayah scam di Malaysia. Dengan laporan anda dan mangsa lain, anda mungkin boleh mengurangkan keupayaan syarikat scammer tersebut untuk scam orang lain pada masa depan.
saya juga baru tekena..saya aply loan mlalui iklan fb. mereka kata mereka Maybank Consultant..loas je pm, xlama kmudian ada wsap masuk dan pknalkan diri dia kata consultan dr maybnk..memg pndai buat ayatla..shingga sya tetarik nk loan. mula2 dy kata 350 consultan fee. gara2 lambt blas n xjawab kol, dia ugut saya. dy kata da senarai hitamkn saya dan ic saya siap dbuat WANTED n nak d viralkn. plik..dia marah sebab pnat buat dokumn loan katanya. accountan marahla macam2 lg la dy cakap. bila.saya minta acc no nak bank in. dia tak bagi pla. suh tgu esok. sb nak tmujnji. bila saya minta awal acount dy tnya saya balik pla jam brapa nk bnk in nt masa tu bru bagi. saya bukan apa, saya sedar da dia scamer tp saya rsaukn ic saya d salahgunakan. da tu nk viralkn lg kunun saya main3 buat loan. siap mereka sent gmbr ic saya kena mark WANTED. apa saya nak buat? harap dpt bntu.
Kami turut bersimpati dengan pengalaman anda dengan scammer tersebut! Anda dipersilakan mengongsikan cerita anda dalam Group FB kami “Awas Scam Malaysia” (https://www.facebook.com/groups/awass.my). Di sini, anda boleh menggunakan cerita anda sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak terpedaya, dan mendapatkan nasihat komuniti tentang tindakan yang patut diambil.