Pinjaman Peribadi | Selesai Masalah Kewangan Anda › Forums › Tips Kewangan › Tips Pelaburan › Ingin Melabur Saham? Tunaikan 3 Syarat Ini Sebelum Bermula! › Reply To: Ingin Melabur Saham? Tunaikan 3 Syarat Ini Sebelum Bermula!
Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang dimiliki. Matlamatnya adalah untuk membeli pelaburan pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.
Namun, apa yang perlu kita ketahui bahawa simpanan dan pelaburan adalah berbeza.
Kebiasaannya, kita menyimpan wang di dalam akaun bank atau hanya dengan menyimpannya di tempat yang selamat. Akantetapi apabila kita melabur, kita akan membeli dan menyimpan wang di dalam akaun pelaburan. Selain itu, sewaktu kita menyimpan, peluang pulangan wang adalah lebih rendah, berbanding dengan apabila kita melabur. Melabur membantu kita mengatasi inflasi melalui faedah dan memastikan kuasa beli wang tetap kukuh. Simpanan biasanya diperuntukkan untuk matlamat jangka pendek, manakala pelaburan lebih sesuai untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan.
- This reply was modified 1 year, 9 months ago by Daisy_D.