Reply To: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Reply To: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

#28148
Tipah Tertipu
Participant

Hi. Nak tanya. Ada sesiapa pernah buat pinjaman dengan syarikaat Easy For U Trading Sdn Bhd bertempat di JB. Syarikat berdaftar under kpkt tapi kena bayar stamp duty fee dengan service tax fee. Lepas permohonan lulus, wakil meminta untuk saya membayar stamp duty fee serta surat perjanjian pinjaman yang saya perlu tandatangan. Lepas bank in fee stampduty, saya diberikan dokumen surat perjanjian dan wakil kata management akan call saya untuk pengesahan. Tetapi bila management call saya untuk pengesahan, dia cakap saya kena bayar service tax sebanyak 10% sebab memang kpkt dah tetapkan untuk pemprosesan duit pinjaman yang hendak dimasukkan ke akaun bank peminjam akan dikenakan service tax. Dia juga mengatakan yang wang pendahuluan service tax yang dibayar oleh saya akan dibayar kembali oleh syarikat bersama dengan pinjaman yang saya mohon. Masalahnya sekarang selepas management berkata seperti itu, saya jadi tak sedap hati tambahan pula saya memang tak ada duit nak bayar service tax tu. Saya juga takut jika selepas pembayaran, management akan meminta saya membayar fee yang lain pula. Kalau saya nak cancel pinjaman, saya akan dikenakan denda pula oleh pihak syarikat. Jadi sekarang ni saya tengah serabut nak buat macam mana. Perlukah saya buat report polis atau bayar juga service tax yang diminta oleh pihak management untuk proses duit pinjaman masuk ke akaun bank ?