Reply To: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Reply To: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

#26185
vrsu
Guest

ni mungkin manfaat utk di kongsi bersama melalui pengalaman peribadi saya meminjam di semua saluran pinjaman yg popular di negara kita. saya meminjam di pinjaman wang berlesen & ah long kerana ingin tahu procedure and saja suka2 nak pengalaman.

1) pinjaman bank
2) pinjaman wang berlesen
3) ah long

saya rasa pinjaman bank tak payah nak explain lah sebab ini mmg legal & interest paling murah tapi syarat yg ketat ccris & ctos mmg kena cantik sebab bank mmg takkan bg pinjam pada risky borrower. ni saya nak cerita based on my personal experience pada No 2 & 3.

bg saya pinjaman wang berlesen & ah long takda beza. yg membezakan nya cuma no 2 tu legal & accountable, ada lesen yg sah dari gov & interest ada had limit while ah long ni running without proper licence & interest takda kawalan. tapi yg membezakan ah long & scammers ni, even pinjam dengan ah long pon dia tak akan sekali2 minta kita pendahuluan / up front atau bayar fee itu ini dalam bentuk wang. ada segelintir ah long menerima cagaran (barangan berharga mcm brg kemas, laptop, tablet atau tanah dll) tapi bukan mengambil wang pendahuluan. segala processing fee ke apa kalau ada lah utk ah long tu semua dia akan tolak dari wang pinjaman kita. contoh kita pinjam ah long RM1,000.00 bayaran balik selama 3 bulan. dia akan beri kita RM800.00 tapi kita bayar balik ke RM1,200.00.

lagi satu, semua syarikat pinjaman wang berlesen, bank & ah long, biasa nya tak apply melalui whatsapp. boleh berhubung melalui whatsapp tapi dia tetap akan meminta kita dtg ke pejabat atau apply melalui email atau laman web mereka dengan domain company (bg company besar mcm bank, jcl, aeon credit). ah long pon takkan suka2 bg duit apply guna whatsapp je. dia mesti nak jumpa face to face, ada agreement, ambil gambar lagi hehehe dan dia akan minta kad bank yg masuk gaji. sebab dia nak keluarkan duit utk bayar balik pinjaman. tapi jgn risau dia akan ambil ikut perjanjian selebihnya tetap milik kita.

nasihat saya di sini. kalau u guys nak pinjam duit dengan syarikan pinjaman wang berlesen, saya galakkan pergi terus ke pejabat. keputusan pon tau waktu tu juga sama ada layak / tidak. jika layak berapa pinjaman yg ditawarkan dan sebagainya. diorg juga tak paksa kalau kita taknak loan tu. dan semua caj / fee akan ditolak dari wang pinjaman. biasa nya 0.5% dari nilai pinjaman.

kalau ada syarikat pinjaman wang yg minta upfront / wang deposit / test loan / insuran / rekod ctos ccris / esijil / duty stamp / processing fee ke atau lain2 itu semua scammers tak payah layan atau tanya2 lagi walaupon nama company yg digunakan adalah sah & terdapat rekod kpkt. kebanyakkan scammer mmg akan guna company yg berdaftar dgn kpkt utk mengaburi mata awam. company yg sebenar takda pon offer apply guna whatsapp je. apa2 pon mmg dia akan suruh dtg office utk submission / process & rundingan sebab kena isi borang application. jgn buang masa & tertipu.

saya tak galakkan pinjam ah long. sebab interest dia mmg betul menjerut leher. kalau stakat nak pinjam amount yg sikit tu 1000 and below boleh la pinjam ah long sebab kita tau mmg kita mampu bayar balik. sebab pinjaman ah long tak buat lama biasa 6bln je kena bayar balik baru ah long pon happy. semoga pengalaman saya ni bermanfaat utk semua.

kalau u guys ada masalah dlm pengurusan kewangan / hutang boleh juga pergi kaunseling ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ) service adalah percuma. mereka tidak akan memberi dana tapi mereka menyediakan khidmat nasihat & penyelesaikan utk pengurusan kewangan / hutang anda. membuat pinjaman baru utk selesaikan hutang lama sebenarnya bukan jalan penyelesaian malah membebankan.