Pinjaman Peribadi | Selesai Masalah Kewangan Anda › Forums › Scam Pinjaman Peribadi › Tips Menjauhi Scam Pinjaman Peribadi › Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah? › Reply To: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?
Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Walaupun nama syarikat tersebut tersenarai di bawah KPKT, terdapat juga ramai “scammer” yang menyamar sebagai wakil syarikat yang sah. Anda boleh melawati ofis syarikat tersebut dan mengesahkan bahawa wakil syarikat yang memanggil anda memang seorang pekerja dalam syarikat itu. Namun, jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.
Harap maklum bahawa nasihat yang diberikan oleh IPP hanya berdasarkan pendapat kami sahaja, dan tidak sepatutnya menjadi pengganti untuk nasihat kewangan atau perundangan profesional.