AMARAN: Cerita Benar Scam..Jangan Jadi Mangsa!

Cerita Benar Scam
Share Artikel ini!

Beberapa hari lalu, kami di IPP menerima khabar bahawa terdapat sesuatu syarikat yang menjalankan scam dekat pengguna platform kami. Kami ingin berkongsi cerita tersebut di sini supaya anda semua dapat belajar macam mana nak mengenal pasti scam dan mengelakkan ia terjadi kepada anda. Beginilah ceritanya:

Saya mohon pinjaman dengan syarikat ini sebanyak rm10k. Setelah permohonan berjaya dan lulus, saya terpaksa menyediakan rm780 sebagai duit bagi mengelakkan pelanggan lari jika permohonan yang lulus tidak diambil pelanggan. Sebabnya boleh merugikan kos kepada syarikat ni. Tetapi duit ini akan dipulangkan kembali bersama duit pinjaman.

Kemudian selesai bayaran rm780, saya terpaksa menyediakan pula rm2k untuk menunjukkn ada duit simpanan dalam akaun bank saya. Diminta skrinshot dahulu dan tunjukkan kepada syarikat ni. Tapi duit itu dipindahkan pula kepada akaun syarikat ni. Katanya duit ini akan dibayar semula bersama pinjaman tadi.

Masalah lain pula timbul kononnya ketiadaan akaun semasa bank.

Akaun semasa bank perlu dibuka terlebih dahulu dengan deposit sebanyak rm3k. Syarikat ini katanya boleh membantu membuka akaun tersebut, maka rm3k ni dipindahkan ke akaun syarikat ini.

Katanya duit rm3k ini akan dikembalikan juga bersama pinjaman nanti.

Selesai dengan pembukaan akaun semasa bank, cek berpalang dikeluarkan dengan tertera jumlah pinjaman rm10k dan 5780.

Malangnya, cek ini tak dapat dibank inkan lagi dengan syarat saya perlu sediakan rm3126 iaitu 20% daripada jumlah pinjaman tu. Bila ditanya untuk apa, katanya bayaran ni tidak ada apa2.

Jika selesai buat bayaran rm3126 itu, baru cek akan dibank inkan.

Tetapi duit tersebut katanya akan dibayar kembali selepas selesai tandatangan borang perjanjian yang akan dipos ke alamat rumah dalam tempoh 10 hari menerima borang tersebut.

Oleh sebab saya terpaksa perlu sediakan rm3126 itu, maka saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu dan minta nasihat dan pandangan rakan- rakan sahabat handai.

Jadi, bagaimanakah kita boleh mengenal pasti syarikat ini memang scammer?

  1. Syarikat pinjaman berlesen yang sah tidak akan meminta bayaran apa-apa sebelum masukkan duit ke dalam akaun anda.
  2. Syarikat pinjaman berlesen akan menjalankan background check dengan sempurna sebelum meluluskan loan anda, bukan minta bukti duit simpanan setelah loan diluluskan. 
  3. Anda tidak akan diminta membuka akaun baru dengan baki minima sebelum diberi duit pinjaman
  4. Setiap caj yang dikenakan mesti ada tujuannya, tiada caj yang dikenakan dengan “tidak ada apa2”.

Jika ini telah berlaku kepada anda, sila serta-merta buat aduan dengan KPKT pada link ini: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Untuk mengelakkan situasi ini pada masa depan, lebih selamat jika anda memohon loan daripada syarikat yang dianugerahkan lencana “Disahkan Oleh IPP”, dan jangan teruskan lagi proses loan tersebut jika ada apa-apa yang mencurigakan. Pastikan anda sendiri lawat pejabat syarikat tersebut – mereka mesti ada signboard yang tertera dengan nombor lesen. Akhirnya, confirm balik dengan pejabat syarikat tersebut bahawa orang yang tengah handle aplikasi anda memang sah seorang staf kat syarikat tersebut (terdapat banyak kes di mana ejen berpura-pura sebagai staf syarikat yang sah, dan menggunakan nama syarikat & nombor lesen untuk menjalankan scam.

Pernahkah anda menjadi mangsa scam begini? Dipersilakan kongsi cerita anda dalam komen di bawah supaya kita semua boleh belajar bersama-sama. 

 


Share Artikel ini!

45 Komen

  1. Salam, saya ada menerima panggilan dari seseorang berkenaan pinjaman berlesen. Syarikat pinjaman telah menerangakan dokument yang perlu di submit. Maka dengan saya telah menghantar dokumen tersebut. Setelah beberapa jam berlalu, saya dah beritahu pinjaman telah lulus sebanyak RM5k, tetapi pihak syarikat tersebut meminta agar saya memberi wang (transfer wang sebanyak RM600). Saya agak curiga, tujuan RM600 supaya mereka tidak rugi sekira saya membantalkan pinjaman tersebut. Syarikat tersebut adalah UCASH ENTEPRISE. Saya telah abaikan pinjaman tersebut dan blok no syarikat itu. Sekian.

    Reply
    • Bijak😄

      Reply
    • hi i was the owner from ucash enterprise, i just get the update from my company, is something happened our company name used by someone who not under working with me try to scam you, can you try to contact me for more details, because i trying to do the covering report and i need your help for more information details, thanks

      Reply
      • saya juga telah ditipu oleh beberapa org yg menggunakan nama company ucash enterprise. sy telah mengeluarkan sebanyak 6300 utk memenuhi syarat2. tapi sampai saat ini loan masih belum dapat😢 and now im so stressful.

        Reply
        • hi can i know when you apply , what number you contact

          Reply
          • Hi mr ooi.. few days ago one contact from ucash text me in WhatsApp.. her nams is miss voo and her contact number is +60 11-3773 6225.. can u tell she is u staff or what?

        • Knp sy rasa mcm terkena jgak ni…cumanya sy blm bank in duit seperti yg diminta…no yg diorg attached tu pun penipu jgak sbnrnya.. diorg dh berpakat pun..

          Reply
        • bro..ada buat bayaran ke maybank atau cimb x..

          Reply
          • Saya ada buat pinjaman dengan Rm Ace Sdn Bhd. Lulus 10k tapi kena bayar upfront utk balance kan score credit RM1,500. Lepastu kena bank in lagi rm600 utk duty stamp. Tibe kena bank in lagi rm1000 utk fee guaman sbb ada jumlah berbeza. Kita nk pinjam duit. Lagi bnyk duit keluar

        • saya pun baru lepas kena tipu 😣, sy nak buat pinjaman peribadi 5k. mula mula dia mintak wang pendahuluan rm750. katanya akan approve selepas 20minit dan duit masuk tapi rupanya tak malah dia mintak lagi dia ckp manager suruh buat pembayaran selama 8bulan untuk membuktikan sy boleh bayar sebanyak rm1344. dah bayar ada lagi untuk aktifkn akaun sebanyak rm2100. dia sruh tnggu katanya akan masuk dlm 20minit bersama 5k yang sy loan. malah tak dpt juga, dia mntk sy buat pembayaran lg untuk syarikat akpk sebanyak rm2500. saya dah stress tapi duit pun tak dapat 😔

          Reply
          • Compeny rm ace sdn bhd tak boleh percaya..jgn kena tipu..

          • Rm ace sdn bhd..Sy buat pinjam 5k lagi mntak duit dgn sy lagi

          • Kita sama nasib..saya pun ditipu oleh satu company RM ACE SN BHD. Dah hampir 3k buat bayaran itu ini diminta oleh mereka , tapi nampak gaya nya, memang tak dpt lah loan tu, saya terus abaikan karenah mereka sebab dah terkorban hampir 3k utk buat loan. Menangis juga lah saya ni sudah kena tipu.

        • Saya juga mangsa penipuan syarikat pinjaman ini.saya mohon pinjaman rm5000 tetapi saya saya di minta bayar beberapa deposit total jumlah yang dibayar semua sekali rm7300.bila saya mahi batalkan perjanjian saya diminta bayar lagi rm980 untuk dapatkan kembali rm7300.saya yakin dan pasti jika saya buat pembayaran pembatalan pasti akan ada bayaran tambahan lagi kerana itu yang saya terkena dan total rm7300.pinjaman tak dapat duit habis bayar deposit dan hanya dapat alasan syarikat.Syarikat itu ialah Kwong Lian Enterprise.

          Reply
      • sir please contact me if u see this comment😭

        Reply
        • please WhatsApp my staff 01151965833

          Reply
          • this no also a scammer…beware…

          • This no also a scammer…

      • hye sir..can u contact me?i got a call from someone that said,they are from your company..i just want to know..

        Reply
      • please call me 0127730143

        Reply
    • dia org x ada kacau ke atau whatsapp?abg ada buat report polis x

      Reply
    • Adiq sya pun kena tipu juga sama macam aduan saudara Jiwa Kuciwa 13/11/2020.. Adiq sya apply 12/11/2020 pinjam10k tapi minta bank in duit ntuk buka acct lah.. Ntuk LHDN lah & macam² lah dah 3k lebih adiq sya bank in & smyg hari ini dia minta lagi rm1040 untuk peguam. Tapi adiq sya xda bank in lagi sbb duit dia d bank dah abis bank in utuk itu org namanya Jordan ang yoong lim no wasap dia 01128864788.alamt RM ACR SDN BHD NO 17-1,JALAN KASUARINA 4/K507, BANDAR BOTANIC, 41200 KELANG SELANGOR. tel:603-3099/603—33448836

      Reply
    • sy juga trkena dngn syarikat ace credit sdn bhd ni.wang pndahuluam sbyk 320rggit lpas to dy org mtk printer surat prjanjian sbyk 10keping dah siap printer dimta tanda tangan dan cop jari ke semua surat yg dinyatakn…dan mminta duit 510 rggit untuk buka akaun baru untuk bayar bulan3.pstu bile nak cancel orang to ckp akn call polis dan peguam.sdagkn duit x msuk pon.alsan buat report sbb da,buat surat prjanjian..hrp lpas ni x trkena lg…mula3 perbicaraan chines girl and second chines boy..

      Reply
  2. Assalamulaikum w.b.t saya pernah memohon pinjaman dengan Network Soulition sebanayk 5 dan betul2 memerlukan wang pada ketika itu, saya cari pinjam online dan potongan secara auto debit , saya cari di internet untuk pinjaman online dan potongan auto debit akhirnya saya jumpa dlm internet utk ,e,nuat pinjaman namanya Network Solution ,saya mohon pinjaman 5k tapi di suruhnya saya bayar dahulu 600 dan wang 600 itu akan di kembalikan bila loan dah lulus,akhirnya saya transfer 600 ke acc mereka x habis di sana bila saya mengatakan sdh transfer terus dia menelefon saya dan mengatakan dia sdh bincang dengan manager loan boleh tapi kena bayar advance payment 5 bulan, sebulan utk bayaran 5k 183×5 selepas saya bayar 900 lbh mereka suruh saya bayar insuran 1k dan baru saya sedar yang saya telah di tipu oleh Network Solution,gara memerlukan duit habis duit yang ada dalam tangan beri kepada org.

    Reply
    • saya juga pernah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman ni, bila saya tanya ada bayaran tak dia jawab jagan risau syarikat merska tak akan minta bayaran apa² pada costemer tapi bila sampai masa merska nak bagi duit tem tula mereka kata kena bayar stem duty, satamping, insuren, rane pendahuluan untuk bulan pertama n banyak lagila…. saya pernah buat pinjaman di syarikat (ck credit agency, yong tat credit, wong lending trading n banyak lagi la) dalam iklan semua fee syarikat tanggung dh sampai nak ambik duit kena bayar pulak….

      Reply
      • Sama la dgn saya..smpi skrg x pnh dpt loan lg ..byr dn lps tu mntk duit lg..smpi sy dh abis duit..ada yg pnjm dgn org lg

        Reply
    • abg ada buat laporan polis x?lepas tu ada x abg kena ganggu

      Reply
  3. please WhatsApp my staff 01151965833

    Reply
    • may i know ur staff name

      Reply
  4. Hi mr ooi.. few days ago one contact from ucash text me in WhatsApp.. her nams is miss voo and her contact number is +60 11-3773 6225.. can u tell she is u staff or what?

    Reply
  5. Hi mr.ooi,sy tgh apply loan from Ur company,dia mtk payment onhold rm500.tp sbb sy dh penah kena tipu sblm nie,jd sy Masih curiga utk bank in. Ada ke staff u Nama Brian chia?knapa bila sy Cr dlm KPKT,u punya SSM x da.

    Reply
    • Saya juga mangsa yang ditipu.saya mohon pinjaman rm5000.permohonan sudah lulus dan saya di minta buat bayaran depo dan akan dipulangkan semula bersama duit pinjaman.setelah dikira2 total bayaran deposit sudah mencecah rm7300 melebihi pinjaman yang dimohon.bila saya mahi batalkan pinjaman saya diminta bayar rm980 untuk pembatalan untuk dapatkan deposit semula.saya yakin dan pasti jika saya bayar pembatalan akan ada bayaran yang diminta kerana itu yang saya kena..bayaran sikit2 diminta bila dan total yang dibayar rm7300.Syarikat pinjaman tersebut KWONG LIAN ENTERPRISE.

      Reply
  6. saya baru kena..mula2 mintak 1020 sbg pengkatifan akaun pinjaman..kemudian minta 4500 sbg upholding thumb print..bila minta cancle nk kena byr 500 sbg undertable cancle..esok saya nk buat laporan polis..malu tolak tepi..

    Reply
  7. Saya ada buat pinjaman dengan Rm Ace Sdn Bhd. Lulus 10k tapi kena bayar upfront utk balance kan score credit RM1,500. Lepastu kena bank in lagi rm600 utk duty stamp. Tibe kena bank in lagi rm1000 utk fee guaman sbb ada jumlah berbeza. Kita nk pinjam duit. Lagi bnyk duit keluar. Last last sedar kena tipu, esok saya nak buat laporan pulis

    Reply
    • sama lah dengan saya RM ACE SDN BHD dekat selangor

      Reply
      • RM ACE dah telan tipu duit saya hampir 3k, tapi loan tak lepas2, pandai diaorg buat video dan editing kat sistem loan mereka. Harap hati2 lah dgn RM ACE Sdn Bhd ni.

        Reply
  8. MONEYLINK SDN.BHD No.10A Lebuh Gopeng 41400 Klang Selangor Company Ini Wujud Tak Katanya Loan Lulus Selepas Itu Minta Duit RM440 Untuk Insurance,Selepas Itu Minta RM510 Lagi Untuk Buka Account,Selepas Itu Minta Lagi RM636 Untuk Test Payment,Minta Lagi RM750 Untuk Stamping Duty Katanya Tarikh Dah Luput , Last Nak Cancel Loan Minta Lagi RM1500 Untuk Batalkan Katanya Selepas Dah Banking RM1500 Akan Pulang Balik Total Amount Yang Dah Banking , Katanya Akan Banking RM2835 Pada Account Saya…Saya Mmg Dah Broken

    Reply
  9. Salam, saya ada menerima message dari seseorang bernama Henry dari syarikat pinjaman wang berlesen. RM ACE SDN BHD..Syarikat pinjaman berkenalan telah menerangakan dokument yang perlu di submit. Maka dengan saya telah menghantar dokumen tersebut. Setelah beberapa jam yang dia perlukan, sejam kemudian saya dah diberitahu pinjaman telah diluluskan sebanyak RM10k, tetapi pihak syarikat tersebut meminta saya agar memberi wang (transfer wang sebanyak RM400). Saya agak curiga, tujuan RM400 bayaran insurance daripada PIDM konanya bila berlaku apa apa kemalangan terhadap Saya pihat PIDM akan menanggung segala kos dan bayaran balik pada loan Saya. Saya telah abaikan pinjaman tersebut dan blok no syarikat itu. Sekian.

    Reply
  10. Sy tgh loan dgn rm ace..
    Tgk cerita dr yg dlm ni risau jgk
    Sy di mnta 350 utk adjust doc
    Skrg mntk rm 600 utk scoring kata nye sblum buat transfer..sy msih hold yg rm 600
    Gaya ckp peg ni mcm nk tlg ..tp ttp risau
    Sbb dia byk ckp yg apa yg berlku bukn dr sykt dia tp org yg menyamar..sy pnh kena scam sblum ni..hrp ada yg tmpil utk bntu sy

    Reply
  11. DAH MULA NAK TUNJUK TAK BERSALAH ….JGN PERCAYA YG JADI MANGSA ORANG KITA JUGA… TERUTAMA DALAM KEADAAN COVID19…RAMAI DAH TERDESAK..

    Reply
    • Saya sudah kena scam dengan Syarikat PROFIT CELLS SDN. BHD
      sy ingatkan syarikat ni berdaftar kerana ada number lesen dalam borang yang saya print
      mula² saya d minta bayar RM150 Utk Caj LHDN kemudian d minta lagi RM400 utk caj SST kononny akan dpat balik tu duit skali dgn duit pinjaman..Katanya mau buat transfer sd tu duit..tp bermasalah lg n ckp nama sy ada masalah dri pihak bank..lepas tu d suru pula bank in RM800 utk pembukaan Acc baru sbb ndk dpt trnsfer kn pg bank sy..
      so lepas tu sy cri lh tanda² sudah kena scam..n sy jumpa artikel ni bru sedar yg sy betul² kena scam
      trus sy buat aduan mcm admin ni kata.
      pling sy tk boleh trima ni duit yg sy gna utk transfer sbnyak RM550 tu duit yg sy pinjam dengan orn lain😥😥😥Nangiss ny ya ampunn..Allah sak tau hati sy masa tu😞😞

      Reply
  12. Anyone tahu mengenai syarikat Smart Vocational? Saya cek dekat apps i-Kredikom ada, tapi pelik cara dia beroperasi.

    Kata loan saya dah lulus. And kena bayar rm580 dulu supaya kita tak lari last minute. Tapi bila nak transfer, kata scoring credit saya rendah. Kena ada minimum rm2,500 dalam bank.

    Bila saya masukkan RM2,500 dalam bank saya, still rendah. So, dorang kata boleh buat manual scoring credit. Tp 1 mata, RM100. Saya kena tambah lagi 594 mata. RM5940. Kita nak pinjam duit, lagi banyak duit keluar. Saya rugi RM5000+++

    So korang, sebagai pengajaran, better pegi syarikat yang mmg dah sedia ada dekat kawasan kita. Tak payah online online.

    Reply
  13. mcm2 skrg ni..sy juga antara mangsa kerakusan org memerah duit kita waktu kita tgh terdesak mcm ni..tp dlm cerita semua ni..mohon sgt2 pihak yg berkenaan khasnya yg dpt memberi pnjaman dan membantu kami dlm kewangan dpt tampil membantu..supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi..longgar sedikit syarat..kdg smpi kami diugut dn ancaman..mereka bukan bergerak seorang malah berkumpulan..dn sgt licik..mohon sgt2 pihak berwajib turun padang bantu kami mangsa ini..

    Reply
    • Hi @norazmi
      Ya, memang betul sekarang banyak scammer yang menggunakan bermacam modus operandi untuk menipu orang ramai. Namun, kita sebagai pengguna perlu bijak untuk membuat sebarang keputusan. elakkan memohon pinjaman sebelum membuat apa-apa semakan yang terperinci.

      Reply
  14. Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>