5 Scam Terkini Yang Berleluasa Di Malaysia

scam terkini
Share Artikel ini!

Sebagai pengguna internet yang bijak, kita patut prihatin terhadap scam-scam yang kerap berlaku supaya kita boleh mengelakkan diri daripada terperangkap dalam scam tersebut. Setiap scam mengikut format yang lain, tapi pada akhirnya bermatlamat untuk mencuri duit ataupun maklumat peribadi anda. Dalam artikel ini, kami membincangkan 5 jenis scam terkini yang berleluasa di Malaysia sekarang.

Scam Panggilan Antarabangsa

Dengan scam ini, anda akan menerima panggilan daripada nombor antarabangsa. Jika anda menjawab panggilan tersebut, scammer akan menamatkan panggilan dengan harap bahawa anda akan memanggil nombor tersebut balik. Orang yang memanggil balik akan dikenakan caj yang amat mahal untuk panggilan tersebut. Walaupun tiada transaksi yang berlaku di atas talian, anda masih juga akan kehilangan beratus ringgit.

Tindakan: Jangan menjawab ataupun memanggil balik kepada nombor antarabangsa yang tidak dikenali.

Scam Pop-Up Internet

Semasa melayari internet, anda mungkin ditunjukkan sesebuah “pop-up” yang menawarkan hadiah lumayan (contohnya, telefon bimbit baru ataupun baucar tunai) jika anda mengisi survey yang diberi. Untuk menebus hadiah tersebut, anda diminta mengisikan informasi kad kredit atau perbankan peribadi untuk mengesahkan identiti anda ataupun untuk membayar caj penghantaran yang kecil. Namun, setelah anda mendedahkan informasi peribadi anda, tawaran tersebut akan hilang, dan scammer boleh menggunakan kad atau sistem perbankan anda untuk mencuri duit anda.

Tindakan: Jangan sesekali melayan pop up atau iklan yang menawarkan hadiah jika anda mengisikan informasi peribadi seperti kad pengenalan, kad bank, atau informasi perbankan.

Scam SMS, WhatsApp, dan Emel

Scammer menyamar diri sebagai syarikat yang sah, seperti Maxis ataupun Huawei, dan menggunakan saluran komunikasi seperti SMS, WhatsApp dan emel untuk menghantar sesebuah link kepada anda yang nampak hampir tepat kepada laman web sebenar syarikat tersebut. Dengan laman web palsu tersebut, mereka mungkin akan minta maklumat peribadi, kata laluan, alamat, dan lain lain.

Tindakan: Sentiasa semak balik laman web sebenar syarikat sebelum mengikut mana-mana link daripada saluran komunikasi di atas. Alamat laman web mesti padan 100% dengan “https://” dan simbol kunci di depannya sebelum anda boleh yakin mempercayai laman web tersebut.

Scam TAC

TAC adalah sistem sekuriti untuk memastikan bahawa anda seorang sahaja yang boleh menjalankan apa-apa tindakan terhadap akaun anda. Namun, scammer telah mencari jalan untuk mengatasi sistem TAC ini. Setelah mengenalpasti bahawa anda adalah pelanggan untuk sesebuah servis seperti Maxis, scammer tersebut akan cuba log in kepada akaun anda online. Sesebuah TAC code akan dihantar kepada telefon anda, dan scammer akan memanggil anda menyamar sebagai wakil Maxis untuk “menghadiahkan” ganjaran atau upgrade kepada anda. Untuk menebus ganjaran tersebut, anda perlu memberi TAC code kepada “wakil syarikat” tersebut – namun, setelah diberi TAC code, scammer kini boleh akses akaun anda untuk mengeluarkan duit melalui “Share-A-Top-Up” ataupun mana-mana sistem pembayaran yang dihubungkan dalam akaun anda.

Tindakan: Jangan sesekali berkongsi TAC code anda dengan orang lain.

Scam Andriod App

Semasa membeli belah online, anda mungkin menemui penjual yang menawarkan software (contohnya apps mengedit imej), ataupun servis streaming TV, atau mana-mana servis lain. Setelah membeli produk tersebut, pembeli akan diminta memuat turun sesuatu fail yang kononnya mengandungi program yang baru dibeli. Namun, sebenarnya fail ini mengandungi fail APK yang berkuasa membuat perubahan kepada sistem telefon ataupun komputer anda. Setelah fail ini dimuat turun dan anda mendaftar dengan menggunakan maklumat peribadi anda, sesuatu “error” akan ditunjukkan dan scammer kini bebas untuk mencuri informasi anda, ataupun akses akaun bank anda untuk mencuri duit.

Tindakan: Jangan muat turun mana-mana fail APK, terutamanya daripada sumber yang tidak dikenali.

Berwaspadalah dengan scam-scam di atas untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam! Untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang dijamin sah dan selamat, pohonlah daripada iPinjaman Peribadi.


Share Artikel ini!

9 Komen

  1. UPG capital sdn bhd ini adakah scammer pinjaman Wang berlesen???

    Reply
    • Jika di semak di Aplikasi i-kredikom, syarikat UPG Capital Sdn. Bhd. ini adalah berdaftar dengan KPKT. Syarikat ini berdaftar di alamat Bandar Baru Klang no lesen WL7217/10/01-2/040723.

      Walaubagaimanapun, sebelum memohon pinjaman di sesuatu syarikat, selidik dahulu mengenai syarikat tersebut.

      Reply
      • Scammer / conman
        Bank Islam:
        0137408327
        Muhammad Yusri Bin Rusdi
        13026027462559

        Reply
    • ada dak code yg nk bagi hilang dari di scam

      Reply
      • Friendly credit capital sdn bhd tersenarai dlm KPKT tapi dlm perjanjian ada caj tersembunyi setelah sign perjanjian , kena bayaran transaksi RM 1400 kpd akauntan yg berkenaan , x dpt buat bayaran ugut utk keluar surat lawyer tapi jelas menipu . Saya rasa macam tertipu ini mesti kerja scammer , sebab wang transaksi masuk ke bank akaun individu bukan bank syarikat. Apa perlu saya lakukan ? Memaksa buat bayaran pada hr sign perjanjian macam munasabah ..

        Reply
        • Dah semak dekat i-kredikom tapi syarikat Friendly credit capital sdn bhd tiada maklumat dijumpai.

          Reply
  2. Adakah HARLTAND SDN BHD SCAMER

    Reply
    • Hartaland sdn bhd

      Reply
    • Boleh cuba semak status syarikat pinjaman di laman web KPKT atau aplikasi i-Kredikom.

      Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>