4 Masalah di hadapi Anak Muda Untuk Dapatkan Rumah Pertama

4 Masalah di hadapi Anak Muda Untuk Dapatkan Rumah Pertama
Share Artikel ini!

Setiap rakyat Malaysia pasti mengidamkan untuk mempunyai rumah sendiri terutamanya rumah pertama. Ia adalah termasuk anak muda kerana mungkin dengan mempunyai rumah pertama sendiri dapat memberi kepuasan dan sebagai ganjaran kepada diri sendiri setelah penat bekerja. Namun, untuk mempunyai rumah pertama sendiri bagi anak muda tidaklah semudah yang di sangka. Banyak kekangan atau kesulitan yang mereka hadapi. Antara kesulitan yang mungkin mereka hadapi adalah seperti berikut:

# Deposit rumah yang tinggi

Seperti umum mengetahui, harga rumah di Malaysia terutamanya rumah baru adalah sangat tinggi. Ini kerana harga rumah akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini amat memberi kesan kepada anak muda untuk membeli rumah. Tambahan pula, kebanyakan anak muda baru memulakan kerjaya dan akan mengambil masa yang lama untuk mengumpul deposit 10% dari harga rumah. Jika harga rumah adalah RM200,000, deposit yang perlu dikumpul pula adalah RM20,000. Jadi, perkara ini tentunya amat mustahil untuk anak muda mendapatkan deposit dalam masa singkat.

# Harga rumah yang mahal

Seperti yang telah dinyatakan di point pertama, peningkatan harga rumah setiap tahun dan membuatkan harga rumah melambung tinggi. Disebabkan itu, ramai anak muda tidak mampu untuk membeli rumah yang harganya terkadang mungkin tidak masuk akal serta menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi. Pihak bank juga mungkin tidak akan memberi pinjaman perumahan jika gaji pemohon sangat rendah. Namun, jika anak muda sanggup untuk menukar citarasa untuk mendapatkan rumah kos rendah iaitu seperti flat kerana harga rumah kos rendah adalah lebih murah.

# Penglibatan kos-kos lain yang perlu di tanggung sangat tinggi

Selain deposit 10% daripada harga rumah, terdapat kos-kos lain yang perlu di tanggung sendiri oleh anak muda untuk membeli rumah. Antara kos-kos lain tersebut ialah kos dokumentasi guaman 3% – 8% daripada harga rumah, kos penilaian dan kos insurans. Kos untuk pembaikan atau renovasi juga perlu di tanggung jika perlu.

# Komitmen yang tinggi

Kesulitan yang sering dihadapi oleh anak muda selain kesulitan yang dinyatakan di atas adalah komitmen sedia ada terlalu tinggi. Antaranya adalah seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit dan juga pinjaman pendidikan. Komitmen seperti ini boleh menghalang anak muda untuk membuat pinjaman perumahan.

Justeru itu, untuk merealisasikan impian mendapatkan rumah pertama, anak muda perlulah bijak untuk mengatur strategi kewangan daripada awal. Akhir sekali, semoga anak-anak muda di Malaysia dapat mencapai hasrat untuk mendapatkan rumah pertama dengan mudah.

 


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>