Ramai orang sedar akan kelayakan am untuk mendapatkan kad kredit – pendapatan bulanan yang cukup, skor credit yang cantik, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jika anda yakin anda sepatutnya layak mendapatkan kad kredit malah permohonan anda sering ditolak, anda mungkin sedang melakukan kesilapan memohon kad kredit di bawah.
Tidak menyediakan dokumen secukupnya
Apabila memohon kad kredit, bank ingin melihat bahawa anda mempunyai asset dan pendapatan yang secukupnya untuk membiayai pembelanjaan melalui kad kredit tersebut. Pastikan anda mengemukakan semua dokumen yang boleh membuktikan kepada bank bahawa anda mampu membayar balik bil anda, termasuk penyata baki bank (semua akaun yang ada), slip gaji (termasuk semua pendapatan tambahan, jika ada), dan penyata EPF. Jika anda mengemukakan separuh sahaja dokumen yang berkenaan, bank mungkin tidak dapat menilai status kewangan anda dengan sempurna, lalu menolak permohonan anda.
Memohon kad daripada beberapa bank secara sekaligus
Mungkin anda ingin mempercepatkan proses permohonan dan sangka bahawa memohon lebih kali = kemungkinan lebih tinggi bahawa salah satu permohonan tersebut akan berjaya diluluskan. Namun, kaedah ini akhirnya memang akan menyusahkan diri anda, kerana bank-bank boleh menyemak berapa permohonan kad kredit yang anda telah melengkapkan – bukan sahaja pada masa kini, tetapi pada masa lalu juga. Mereka juga boleh menyemak nombor aplikasi yang telah ditolak, dan jika anda mempunyai ramai permohonan yang gagal, kemungkinan besar mereka akan menolak permohonan anda juga. Jadi, sabarkan hati dan mohonlah kad kredit satu persatu, dan jika ada alasan jelas permohonan anda telah ditolak, baikilah isunya sebelum memohon kad seterusnya.
Tidak mengambil kira hutang yang sudah ada
Walaupun jumlah gaji bulanan anda memang melayakkan anda memohon kad kredit (iaitu melebihi RM2000 sebulan), bank juga mengambil kira hutang lain yang sedia ada, contohnya pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan, dan sebagainya. Jika nisbah hutang atas pendapatan anda terlalu tinggi, permohonan kad kredit anda pasti akan ditolak. Anda perlu menyelesaikan hutang lama tersebut dahulu sebelum memohon kad kredit baru, ataupun anda perlu mencari pendapatan tambahan dan mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa pendapatan bulanan anda memang mencukupi untuk membiayai hutang anda dan juga kad kredit baru.
Memohon terlalu cepat setelah menukar tempat kerja
Anda telahpun berjaya mencari tempat kerja baru dengan gaji yang lebih lumayan – namun, permohonan kad kredit anda tetap ditolak. Kenapa pula? Bank ingin melihat bukti bahawa pekerjaan kini anda adalah stabil sebelum meluluskan kad kredit anda. Jadi, tunggulah beberapa bulan (agak-agak 6 bulan dikira selamat) sebelum memohon kad kredit, supaya bank boleh berasa yakin akan sumber pendapatan anda.
Tidak berjaya mendapatkan kad kredit namun memerlukan duit segera? Carilah pinjaman peribadi berdekatan dengan anda sekarang!